Monday, December 9, 2013

Pingat Jasa Malaysia


The Gunners Club has planned the medal presentation ceremony. The Club Secretary's message is as follows:

Persatuan Bekas Artileri Malaysia(PBAM) will org a PJM medal ceremony for 40 Ex Gnr Offrs on Tuesday, 17th Dec'13 @0800hr at Wisma Perwira TD, Kem Perdana, Sg Besi. You are invited with you spouse. Wear a Batik, Suite or Baju Melayu. For medal recipients, there will be instructions sent soon. Call secretariat at 03-41084518 or 019-3179154. 
Join us for another Reunion of Gnrs and Lunch. "Once a Gnr always a Gnr."




PINGAT JASA MALAYSIA ADALAH  SEBUAH 'CAMPAIGN MEDAL' YANG DIZAHIRKAN  MELALUI STATUTNYA  YANG BERTARIKH 3 MAC 2004  YANG TELAH DIPERKENALKAN  OLEH   SERI PADUKA BAGINDA  YANG DI-PERTUAN AGONG  YANG KEDUA BELAS.
PINGAT JASA MALAYSIA INI   BERBENTUK BULAT  YANG DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA  YANG BERSADURKAN PERAK   PERMUKAAN HADAPAN BUAH PINGAT  TERUKIR  DENGAN JATA MALAYSIA  SERTA  TERPAHAT DENGAN TULISAN  'JASA MALAYSIA'  MANA KALA DI PERMUKAAN BELAKANGNYA  TERUKIR DENGAN PETA MALAYSIA  DAN TULISAN P.J.M.  PITA REBENNYA  BERJALURKAN WARNA MERAH,  BIRU TUA DAN KUNING  YANG MELAMBANGKAN  KEBERANIAN  PENGABDIAN KEPADA TUHAN,  TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB  SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
PINGAT INI DIWUJUDKAN  ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF  KEPERWIRAAN,  KEBERANIAN,  PENGORBANAN DAN KHIDMAT BAKTI  YANG TELAH DIPAMERKAN  OLEH SETIAP LAPISAN ANGGOTA  KETIGA-TIGA PERKHIDMATAN  ANGKATAN TENTERA MALAYSIA  SEMASA MENGHADAPI   ERA DARURAT KEDUA  SERTA PASUKAN PENGAMAN TENTERA ASING   SEMASA DARURAT PERTAMA.
PINGAT INI  DIKHUSUSKAN UNTUK ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA  YANG TERLIBAT DI DALAM MEMERANGI   PENGGANAS KOMUNIS  SECARA LANGSUNG   MAHUPUN TIDAK LANGSUNG  DI ANTARA TAHUN 1969 SEHINGGA 1989 DI SEMENANJUNG MALAYSIA  DAN  SEHINGGA  TAHUN 1990 DI SABAH DAN SARAWAK.
DI DALAM PERKHIDMATAN  SESUAI DENGAN STATUTNYA SEBAGAI "CAMPAIGN MEDAL"  PINGAT INI TELAH DIMARTABATKAN   SEBAGAI PINGAT TERKANAN  DALAM KEKANANAN SUSUNAN  BERBANDING DENGAN ANUGERAH-ANUGERAH  YANG SAMA KELAS DENGANNYA.

No comments:

Post a Comment